Kampung Kaingaran merupakan sebuah kawasan perkampungan si daerah Ranau yang terletak jauh di pedalaman. Jarak antara Pekan Ranau dan Kampung Kaingaran kira-kira 89km dan mengambil masa selama 2 jam 30minit. Perhubungan jalan raya di kawasan kampung menuju ke Pekan Ranau ialah jalan raya tidak berturap (Gravel). Pada tahun 2008 yang lepas Projek Naik Taraf jalan raya Ranau - Malinsau telah diluluskan. Walaubagaimanapun, projek tersebut tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan mungkin disebabkan dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
![]() |
| Pandangan Atas Kampung Kaingaran |
Pada masa dahulu, Kampung Kaingaran ini termasuk dalam daerah Beluran kerana ia berada dalam kawasan Beluran. Maka segala urusan rasmi akan berhubung dengan Pegawai Daerah Beluran. Tetapi memandangkan Pekan Beluran agak jauh dari kawasan Kampung Kaingaran, maka pusat perhubungan telah dipindahkan ke Pekan Ranau.
Penduduk Kampung Kaingaran ini terdiri daripada 3 suku kaum yang utama iaitu Orang Sungai, Dusun Telantang (Bukit) dan Dusun Tinagas. Orang-orang sungai di Kampung Kaingaran menganut agama islam manakala orang-orang dusun pula menganut agama Kristian. Namun, kesan daripada perkahwinan campur terdapat sebilangan orang dusung memeluk agama islam. Orang-orang sungai ini dipimpin oleh Panglima Odon yang berasal dari Kampung Likabau, Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat disegani dan disayangi. Kawsan jajahan takluk beliau pada masa itu dari Kampung Merungin sehinggalah ke Kampung Likabau yang merangkumi berpuluh-puluh kampung.
Kawasan perkampungan utama Orang Sungai pada masa dahulu ialah Kampung Kotog, Kampung Meridi dan Kampung Merudau. Nama Kampung Kotog diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang mengalir di kawasan itu. Manakala nama Kampung Meridi pula diambil daripada sebuah kawasan sungai yang berpusar dan dipercaya berpenunggu. Pada mulanya ia dikenali sebagai "rurumidi" yang bermaksud boleh/pandai mendidih (Seperti air panas yang mendidih). Ada masa-masa tertentu sungai itu akan memuntahkan buih seperti air yang sedang mendidih. Menurut cerita orang tua-tua sungai di kawasan ini pernah mendidih sehingga menjadi keruh dan memuntahkan "lugu" iaitu kayu yang sangat besar yang selama ini terpendam di dasar sungai.Terdapat juga cerita yang mengisahkan bahawa dasar sungai di kawasan itu pernah mengeluarkan cahaya.

Orang kaingaran berasal dari kampung kawiyan yang turun ke kawasan penempatan kampung kaingaran sekarang. Demografi penduduk kampung kaingaran ialah terdiri daripada Dusun Talantang. Bukan sungai. Orang sungai pula mendiami kampung meridi. Jangan cuba ubah sejarah kampung kaingaran. Kalau dibincangkan kedatangan orang sungai suatu ketika dahulu, maka mungin akan menyebabkan ketidakpuashatian. Jangan samakan kampung kaingaran dengan kawasan kaingaran. Sekali lagi saya tegaskan, kampung kaingaran diasaskan oleh orang dusun talantang. Kawasan kaingaran pula terdiri daripada banyak kampung. Termasuklah kampung meridi. Mari kita berhujah dalam suasana yang akademik. Jangan cuba ubah sejarah. Di pintu masukn kampung kaingaran (bukan lembaga) ada satu tugu, dibelakangnya ada sejarah kampung kaingaran. Bukan kawasan kaingaran yang terdiri dari banyak kampung termasuk kg meridi
ReplyDeletesaya telah mendengar bahasa sungai kaingaran ini, bahasa mereka ini bukan lah bahasa asli sungai paitan tapi lebih kepada sungai pitas. bahasa mereka sebiji sama. mungkin kah asal usul sungai meridi atau kaingaran ini berasal dari pitas?
DeleteSetuju. Setuju saya orang sungai yang diketuai oleh panglima Odon, mereka menamakan kampung mereka kg.meridi.Orang sungai ini berasal dari sebelah muara sungai sugut termasuk sungai paitan. Ini terbukti dengan ramainya orang disebelah muara sungai sugut dan sungai paitan yang ada perjalanan saudara dengan penduduk kampung Meridi, dan kg.minontolob. Orang Dusun@Tindal pula menamakan kampung mereka kampung kaingaran berdasarkan asal usul mereka dari sepanjang sungai kaingaran. Ramai saudara-mara orang kaingaran terdapat di kampung2 sepanjang sungai kaingaran.
ReplyDeleteKekeliruan ini berpunca daripada pemimpin kedua-dua pihak. Sama ada kampung kaingaran mahupun kampung Meridi yang kekurangan ilmu dari segi pengurusan kampung sehingga berlaku pertindihan. Sepatutnya pemimpin kampung Meridi perlu memperkasakan kampung mereka sehingga boleh dikenali oleh masyarakat luar. Setiap kampung mempunyai ketua kampung masing-masing. Saya tabik pemimpin kampung minontolob. Walaupun mereka perpindahan lokasi pertandingan tetapi masih mengekalkan nama kampung asal mereka. Saya berharap alamat kampung dalam ic mereka juga masih kg.minontolob. maka tidak hairanlah kalau minontolob ini akan ada satu lagi lokasi perkampungan yang mungkin akan dinamakan kampung monontolob 2. Sebelum mengundur diri saya mohon keampunan kalau post saya ini menyinggung perasaanmu mana2 pihak. Niat saya suci ingin melihat perpaduan sentiasa terjalin dalam kalangan penduduk kampung seluruh kawasan kaingaran. Benarkan kami Memiliki secara mutlak nama kampung kami yang telah diwariskan oleh nenekmoyang kami.Dan kami benarkan anda mewarisi secara mutlak nama kampung yang telah diwariskan oleh nenekmoyang anda. Peace no war
#setuju saya= setuju saya
ReplyDelete#setahu saya
ReplyDelete